Selasa, 28 Februari 2017

BARISAN AHLI JAWATAN KUASA 2017-2019
Assalammualaikum
Alhamdullilah berkat usaha sahabat2. Akhirnya tertubuh jua satu kelab radio amatur yang berdaftar secara sah dengan pendaftar pertubuhan malaysia(ROS) di negeri Perlis, di kenali dengan KELAB RADIO AMATUR DX PERLIS (PERLIS Dx).no ppm-012-09-09022017.

Tujuan penubuhan kelab PERLIS Dx adalah untuk menyemarakan lagi aktiviti radio komunikasi di Malaysia amnya di Negeri Perlis khusus untuk aktiviti Dxing atau perhubungan gelombang radio jarak jauh.

Selain itu juga..PERLIS Dx juga ingin menonjolkan mode serta teknik QSO atau berhubung melalui teknik DIGITAL di frekuansi HF,VHF,UHF
atau mana-mana BAND PLAN yang di benarkan oleh SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA.

Pada masa yang sama,PERLIS Dx juga akan turut membantu program-program berkaitan radio komunikasi yang dianjurkan oleh pihak-pihak dari kerajaan negeri dan juga institut pendidikan sebagai contoh program PENGAKAP peringkat kebangsaan mahupun dunia di dalam negeri perlis.
PERLIS Dx juga memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama belajar mengenali dunia radio komunikasi radio amatur dengan lebih jauh sama ada yang sudah mempunyai lesen radio amatur yang sah atau yang baru mengenali dunia radio amatur(SWL)

MARILAH BERSAMA-BERSAMA DENGAN PERLIS DX UNTUK MENAIKAN NAMA HAM RADIO NEGERI PERLIS DI MALAYSIA DAN JUGA DUNIA.

#team 9M2M
atas bantuan dan sokongan

SEKIAN....

ADMIN

73..
ALL THE BEST
eee



Tiada ulasan:

Catat Ulasan