Isnin, 22 Januari 2018

9MDXC ialah satu komuniti yang diwujudkan bagi memajukan lagi bidang radio amatur di Malaysia. Komuniti ini telah ditubuhkah secara rasmi pada 20 Januari 2018 semasa perjumpaan SIG di MCMC, Cyberjaya.
9MDXC juga berharap dapat merealisasikan impian ham di Malaysia bagi menjalankan pertandingan radio amatur di peringkat lokal dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Maka secara tidak langsung, 9MDXC akan berada di bawah jawatankuasa induk MARTS.
Antara objektif lain penubuhan 9MDXC ialah:
1. Membina sistem atau robot pertandingan.
2. Menyelaras sistem kiraan mata.
3. Menyediakan sijil digital untuk pertandingan radio atau program khas radio amatur.
4. Menarik minat ham Malaysia ke arena pertandingan radio.
5. Memperkenalkan amatur Malaysia di mata dunia.
Semoga bidang radio amatur di Malaysia akan lebih maju ke hadapan. Terima kasih atas sokongan anda semua.
9mdxc homepage